Choose your location

Latest
Thomas Markle charged over child sex abuse material in Philippines University of Birmingham pauses plans to move Shakespeare Institute after outcry Government backs welfare shake-up to prevent 'lost generation' CSJMU prominence grows in QS Sustainability Rankings, grabs top spot among state univs Cop31: UK backs idea of new levies on polluting sectors to pay for climate action costs Scheifele praises Hawerchuk after breaking his Jets' points record: 'I wouldn't be where I am without him'

BN harap kemelut pentadbiran Negeri Sembilan selesai cara baik - Zambry

Semua pihak perlu memberi ruang tanpa merumitkan keadaan atau menimbulkan salah faham dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi mengelakkan kenyataan disalah tafsir, kata Setiausaha Agung BN.

Astro Awani

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) berharap kemelut pentadbiran di Negeri Sembilan termasuk isu membabitkan jawatan Menteri Besar dapat diselesaikan secara baik. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, semua pihak perlu memberi ruang tanpa merumitkan keadaan atau menimbulkan salah faham dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi mengelakkan kenyataan disalah tafsir.

“Saya fikir kita tidak perlu lagi merumitkan (keadaan). Biarlah proses berjalan dengan sebaik-baiknya. Saya tidak mahu membuat kenyataan yang nanti disalah anggap lagi.

Biar kita serahkan melalui proses yang telah dilakukan,” katanya. Zambry berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai isu di Negeri Sembilan semasa ditemui di Festival Idea Putrajaya (FOI Putrajaya) 2026, di sini, hari ini. Pada 16 Nov, Zambry dilaporkan memaklumkan Datuk Ismail Lasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh meletak jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan itu yang diutuskan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada hari yang sama. Ismail mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, BN memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi, membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. -- BERNAMA

Article text via FreeNewsAPI. Rights remain with Astro Awani.

Read on publisher site → Opens Astro Awani in a new tab

More in Local

Local

Malaysia's inflation may hit 2.8pct in 2027

KUALA LUMPUR: Malaysia's headline and core inflation are expected to edge higher in 2027, with headline inflation projected to range betwee…

KLSE Screener