Choose your location

Latest
Thomas Markle charged over child sex abuse material in Philippines University of Birmingham pauses plans to move Shakespeare Institute after outcry Government backs welfare shake-up to prevent 'lost generation' CSJMU prominence grows in QS Sustainability Rankings, grabs top spot among state univs Cop31: UK backs idea of new levies on polluting sectors to pay for climate action costs Scheifele praises Hawerchuk after breaking his Jets' points record: 'I wouldn't be where I am without him'

Ismail Lasim hadir bertugas di pejabat SUKNS hari ini

Menteri Besar Ismail Lasim hari ini dilihat menjalankan tugas seperti biasa dengan menghadiri perjumpaan bersama pegawai kanan kerajaan negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), di...

Malaysiakini @malaysiakini

Menteri Besar Ismail Lasim hari ini dilihat menjalankan tugas seperti biasa dengan menghadiri perjumpaan bersama pegawai kanan kerajaan negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), di Seremban. Ismail berkata perjumpaan itu diadakan bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia baharu, Akhmal Abu Basar yang menggantikan Zairil Azwan Zulmuji yang berpindah ke Kementerian Pendidikan.

“Selamat menjalankan amanah kepada Akhmal. Semoga dapat memperkukuh pengurusan sumber manusia dan kecemerlangan perkhidmatan awam negeri. “Terima kasih juga kepada Zairil Azwan atas perkhidmatan serta selamat maju jaya di tempat baharu,” katanya menerusi hantaran di media sosial, pagi ini.

Lewat petang Isnin lalu, Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, mengeluarkan kenyataan mengumumkan peletakan jawatan Ismail . Menurut Zambry, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, menerima salinan surat peletakan jawatan menteri besar itu yang bertarikh 16 Nov dan ditujukan kepada Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Bagaimanapun, Malaysiakini semalam melaporkan di sebalik pengumuman bahawa Ismail, 67, sudah melepaskan jawatannya, ada sumber lain mendakwa Adun Juasseh itu sebenarnya tidak berbuat demikian. Malah, dakwa sumber terbabit, Ismail tidak menyerahkan sebarang surat kepada pihak istana.

Semalam, Bernama melaporkan menyebut menteri besar itu menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap di Seremban. Sesi menghadap bermula kira-kira 5 petang dan berakhir pada 6.30 petang. Beberapa media hari ini menyebut berdasarkan hasil pertemuan semalam, Tuanku Muhriz dipercayai menitahkan Ismail supaya meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai menteri besar seperti biasa .

Semalam, Istana Negeri Sembilan memaklumkan peletakan jawatan menteri besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS). Ismail mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu selepas, BN memenangi 18 kerusi DUN manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Ini sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Article text via FreeNewsAPI. Rights remain with Malaysiakini.

Read on publisher site → Opens Malaysiakini in a new tab

More in Local

Local

Malaysia's inflation may hit 2.8pct in 2027

KUALA LUMPUR: Malaysia's headline and core inflation are expected to edge higher in 2027, with headline inflation projected to range betwee…

KLSE Screener