Choose your location

Latest
Thomas Markle charged over child sex abuse material in Philippines University of Birmingham pauses plans to move Shakespeare Institute after outcry Government backs welfare shake-up to prevent 'lost generation' CSJMU prominence grows in QS Sustainability Rankings, grabs top spot among state univs Cop31: UK backs idea of new levies on polluting sectors to pay for climate action costs Scheifele praises Hawerchuk after breaking his Jets' points record: 'I wouldn't be where I am without him'

Pengganti Ismail bergantung keputusan parti, perkenan istana | Sinar Harian

PERKEMBANGAN politik di Negeri Sembilan susulan pengumuman peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar bukan sahaja tertumpu kepada persoalan siapa bakal menggantikannya.Sebaliknya,...

Sinar Harian MOHD AZLIM ZAINURY

PERKEMBANGAN politik di Negeri Sembilan susulan pengumuman peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar bukan sahaja tertumpu kepada persoalan siapa bakal menggantikannya. Sebaliknya, perkembangan itu turut melibatkan keputusan kepimpinan parti serta proses perlembagaan negeri sebelum pelantikan baharu dapat dimuktamadkan.

Perkara berkenaan menjadi perhatian selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mengesahkan hanya satu nama calon dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mendapatkan perkenan baginda. Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan persoalan mengenai identiti calon tunggal berkenaan, terutama apabila tiga pemimpin UMNO mula dikaitkan dengan jawatan itu iaitu Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin; dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jalaluddin, yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang, menjadi antara nama yang disebut berikutan kedudukannya sebagai Pengerusi UMNO Negeri Sembilan. Beliau turut menjadi perhatian selepas mengesahkan pernah menghadap Tuanku Muhriz pada Oktober lalu. Bagaimanapun, ketika sidang akhbar di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Selasa, Jalaluddin menegaskan bahawa penentuan calon pengganti Ismail diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Mohd Asna pula, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, turut disebut sebagai calon berpotensi berdasarkan kedudukannya dalam parti serta hubungan baik dengan kepimpinan pusat. Nama beliau bukan kali pertama dikaitkan dengan jawatan tersebut kerana pernah disebut sebagai calon Menteri Besar ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Namun, pengalaman beliau yang masih relatif baharu sebagai ADUN turut menjadi antara faktor yang dibangkitkan dalam menilai kesesuaian pencalonannya. Artikel Berkaitan: Spekulasi pengganti Ismail Lasim, tiga pemimpin BN dalam radar 'Jangan kerana pihak tertentu orang lain dijadikan kambing hitam' - Anak Ismail Lasim Ahmad Zahid nafi UMNO arah Ismail Lasim letak jawatan Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim Ismail Lasim letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan Sementara itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mempunyai pengalaman luas menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar selama tiga penggal, iaitu dari 2004 hingga 2018.

ADUN Rantau itu pernah memegang jawatan berkenaan sebelum BN tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengalaman pentadbiran tersebut menjadikan namanya terus disebut sebagai antara calon berpotensi. Bagaimanapun, tiada pengesahan bahawa beliau termasuk dalam nama yang dikemukakan kepada pihak istana.

Walaupun begitu, ketiga-tiga nama berkenaan masih berada pada peringkat spekulasi kerana Ahmad Zahid belum mendedahkan identiti calon tunggal yang telah dikemukakan. Dalam masa sama, pelantikan Menteri Besar baharu tertakluk kepada perkenan Tuanku Muhriz, manakala pihak istana sebelum ini memaklumkan bahawa peletakan jawatan Ismail masih belum dimuktamadkan.

Justeru, perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini bukan sekadar bergantung kepada siapa yang memperoleh sokongan kepimpinan parti, sebaliknya turut melibatkan proses perlembagaan negeri serta perkenan Yang di-Pertuan Besar sebelum pelantikan Menteri Besar baharu dapat dimuktamadkan.

Article text via FreeNewsAPI. Rights remain with Sinar Harian.

Read on publisher site → Opens Sinar Harian in a new tab

More in Local